9. Allah Forbids; Perjuangan MESTI diteruskan

Hello there and peace be upon you 🙂

السلام عليكم 🙂

Entri kali ini, nak sembang benda serius sikit boleh?

Jangan risau, entri ini tidak ditujukan pada sesiapa pun.

Part of my random daily thoughts.

Sejak dah cuti ni, mak selalu tanya, “Boyfriend awak siapa?”

“Saya nak boyfriend macam dia boleh tak mak?”

Random tak random soalan macam tu.

Hakikatnya, saya ni belum dipunya sesiapa pun.

Kalau ada yang berminat pun, itu saya pun tak tau.

Entri kali ini saya rancang nak tulis bagaimana seorang sahabat haruslah meneruskan perjuangannya membawa kawan-kawan ke arah jalan yang benar.

Aku ni bukanlah baik sangat nak sembang pasal ni, tapi InsyaAllah akan berubah kepada yang lebih baik.

Para pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Kita ni dikelilingi dengan pelbagai jenis hubungan. Keluarga. Kawan rapat. Rakan sekerja. Masyarakat yang hanya dikenali sebagai kenalan. Dan macam-macam lagi jenis hubungan.

Fokus kat sini > KAWAN RAPAT. Or we call them as close friends or best friends.

Read more to see what I’m trying to emphasize what kind of ‘perjuangan’ that we have to continue doing it.

Hugs & Kisses;

Banyak benda nak cakap sebenarnya bila kita cakap pasal kawan rapat ni.

Perjuangan yang aku maksudkan kat sini ialah perjuangan ke arah jalan Allah.

Perkara pertama ialah perkara tentang berpasangan tanpa hubungan yang sah.

Tak semestinya couple.

“Eh kitorang mana ada declare pun tapi masing2 faham la”

> Bukan couple eh macam tu? Entah, pandai2 lah korang fikir.

Boleh jugak la.

Nak tau tak kenapa aku takde sesiapa sekarang ni?

Sebab aku memang taknak.

Mungkin la tengok kawan2 yang dah ada tu, kita rasa macam nak sorang jugak.

Ala, bestnya ada orang nak teman shopping.

Ala, seronoknya ada orang ambil berat pasal kita.

Ala, sweetnya diorang makan ice-cream sama-sama.

==’ Hakikatnya, takdelah sweet mana pun.

Cuba kalau bestfriends sesama perempuan makan ice-cream sama-sama.

Lagi sweet sebab ada kawan rapat yang sanggup menggunakan masa untuk luangkan masa dengan kawan-kawan sejantina untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim tu.

Sweet tak sweet? Siap pakai baju sama lagi. Ingat senang ke nak tengok best friends macam ni sekarang? Yang ada, pakai baju sama tu couple ajela. Sweet sangat ah tu?

Korang nak tau tak, sebenarnya kalau korang dah kahwin, ada husband handsome, lagi sweet kalau pakai baju sama pergi kerja hari2, lunch sama hari2, apa2 je la yang korang buat sama-sama. Lagi manis dipandang orang lagi.

Sweet tak sweet? Alololo :’)

Korang boleh cakap aku ni gebang lebat je padahal aku pun tak kahwin lagi.

Sebab bila aku tengok orang couple pakai baju sama ni, aku ada perasaan menyampah.

Lagi2 tu kawan rapat aku. Tapi lemah iman punya pasal, mampu benci dalam hati je.

Cakap pasal nak cegah semua ni kan, memang kita ni ada hak nak tegur sebab dia tu kawan rapat kita.

Mungkin lah kita ni tak boleh pukul dia sebab dia tu anak orang la wehh.

Tegur. Itulah cara yang baik.

Tapi, ada satu masalah yang korang akan hadapi kalau korang tegur diorang.

Korang mesti hadapi suatu kedegilan.

Kalau diorang taknak dengar cakap kau, itu bukanlah menjadi penghalang untuk kau berhenti tegur diorang.

Teruskan menegur. Perjuangan kita sebagai seorang sahabat belum habis lagi.

Aku pernah lalui satu fasa di mana hubungan aku dengan kawan rapat aku renggang sebab kawan aku abaikan aku.

Ye la, orang dah ada kekasih, siapalah kau di mata dia.

Dulu time single, cari aku setiap masa.

Aku pernah cakap dengan dia, ‘korang remain je la jadi kawan. Kan sweet kalau korang bercinta lepas kahwin’

Dia setuju. So aku mati-mati ingat la diorang ni takkan ada pape.

Selepas sebulan, aku kembali rapat dengan dia sebab dia sedar aku dah tak rapat dengan dia.

Fuhh, sebulan baru dia sedar. Tu nasib sebulan. Kalau setahun, korang pun takkan dapat bayang betapa teruknya kekasih dia tu sebab buat kawan kepada kekasih dia diabaikan.

Taknak ungkit pasal tu. Dendam itu sudah lama kubuang jauh2.

Haa, lepas sebulan tu, baru la aku tau diorang ni dah declare rupanya.

Apa jadi dengan persetujuan kawan aku tu terhadap statement aku?

Takpe, aku redha.

So kat sini, aku nak bagitau la kat semua pembaca, disebabkan nafsu, semuanya pasti akan dilupakan.

Kalau hati dah suka, masuk sahaja meminang.

Habis cerita. Jangan nak sunting anak dara orang tanpa beritahu ibu bapanya. Salah tuuu~

Tapi kalau pihak yang dipinang itu menolak, la tahzan. Pasti ada yang lebih baik daripada si dia.

Sama kes dengan solat atau menutup aurat atau kehidupan sosial.

Yang ini, berat sikit lah sebab kita ni dikelilingi dengan masyarakat yang amat pelik.

Solusi yang terbaik:

Rapatkan diri dengan kawan-kawan yang baik.

Jangan risau.

Solat pasti terjaga!

Aurat juga pasti tertutup rapi.

Kehidupan sosial juga pasti terpelihara daripada perkara pelik2.

Perjuangan secara umum di sini tidak kira perjuangan aku atau korang.

Yang penting, perjuangan diri sendiri sebagai seorang Islam MESTI diteruskan dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.

Perjuangan kita terhadap kawan juga sama; ia MESTI diteruskan dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.

“Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)”

“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan”. (Al-Hujuraat 49:18)

Berbalik pada soalan ibu saya, saya hanya ada satu jawapan.

“Allah forbids.”


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s