2. Integrity; Responsibility

Subject Name: Kor UNITEN

Subject Code: MTAF 101

Time: 5.40 P.M.

Venue: Library

“Memandangkan semua orang tidak mahu mengaku, semua orang bergerak ke luar perpustakaan sekarang!” jerit Pak Zubir.

*gulp*

Apa kes sebenarnya ni?

Macam ni…

Selepas ceramah Puan Mastura, Pak Zubir check attendance. Mungkin barangkali beliau kira kepala tidak sebanyak nama yang ditandatangani dalam senarai nama kehadiran.

Maka haruslah setiap pelajar menyebut nombor masing2.

“Lapan puluh siapa?” marah pak Zubir.

Aku dengan segan silunya mengangkat tangan. Bukan apa, aku tidak mendengar nombor 79 yang disebut oleh Saudari Rina. Not a big deal anyway.

Cerita ini haruslah disambung lagi dengan kewujudan tanda tangan lima orang makhluk asing dalam kertas kehadiran tu. Padahal, kelima-lima makhluk tersebut tiada di dalam auditorium perpustakaan pun. Pelik, tapi benar.

Begitulah mukadimah cerita.

Setelah tiga pelajar MTAF 101 mengaku bahawa mereka telah menandatangani bagi pihak tiga makhluk yang tersebut, maka mereka telah dilepaskan.

Namun, terdapat dua lagi tandatangan makhluk asing yang menjadi tanda tanya.

“Psst, siapa yang tandatangan untuk Aid dengan Aish? Takkan Iq kot?” bisik seorang sahabat.

“Eh, takkan kot. Takkan berani Iq buat macam tu. Kelas Kor UNITEN kot!” jawab sahabatnya seorang lagi.

Begitulah. Kes ini telah menjadi tanda tanya kepada semua orang yang berada di dalam dewan tersebut.

Sehinggalah, kes ini melarat. Tiada siapa pula yang mengaku bagi tandatangan asing Aid dan Aish.

“Memandangkan semua orang tidak mahu mengaku, semua orang bergerak ke luar perpustakaan sekarang!” jerit Pak Zubir.


Maka, semua orang pun bergerak keluar ke dataran. Masing-masing berkumpul mengikut platun masing-masing.

**Selingan: Ketua platun saya kacak belaka.

Kemudian, kami diarahkan untuk membuka barisan. Setelah itu, pelajar yang bukan beragama Islam diminta keluar baris dan diarahkan supaya pulang ke kelompok masing2.

Tidak adil? Adil-lah sebab yang kalau orang Cina boleh mengaku, kenapa Melayu tak boleh nak buat benda yang sama?

Kau dah buat salah, kau kena bertanggungjawab atas kesalahan yang telah kau lakukan, dan bukan hanya berdiam diri. Salah dari segi undang-undang negara dan agama tu.

Tanggungjawab. Itulah yang penting.

Lepas tu, kami diarahkan supaya melompat bintang sebanyak 20 kali dalam kiraan 1, 2, 3, 1…

Orang lain lambat berhenti. Tambah lagi 23 kali.

Orang lain terlebih lompat. Excited sangat tu. Tambah lagi 25 kali.

Kesilapan yang sama dilakukan. Tambah 27 kali.

Jumlah lompatan : 20 + 23 + 25 + 27 = 95

Disambung lagi dengan tekan tubi (push-up).

Tak pula dikira berapa jumlahnya.

Tapi ada kesan.

Kedua-dua lutut agak melebam.

Tapak tangan sangat sakit.

Biasalah, tekan tubi atas batu batu.

Memang lembut batu tu. =_=”

“Ok, sekarang baring. Angkat kaki ke langit setinggi enam inci.” arah Pak Zubir.

Mencabar.

Punggung besar. Kaki panjang. Badan pendek.

Bayangkan. Sakit tak terkata.

Maka titisan jernih mula mengalir dari mata yang cantik ini.

Lemah. Tapi dengan kuasa Bismillahirrahmanirrahim, aku berjaya angkat kaki dengan gayanya!

Kemudian, diarahkan pula untuk duduk cangkung.

Kemudian, diarahkan untuk melompat tiga kali dan kembali bercangkung.

“Ini senang sikit,” kata Sarjan Platun yang comel.

Mungkin disebabkan aku berfikiran yang benda ni susah, maka sakitlah kaki untuk bercangkung dengan lebih lama.

Stres. Cukuplah.

Bersurai.

Sampai ke sudah tiada yang mengaku.

Siapa sebenarnya yang telah menandatangani bagi pihak Aid dan Aish?

Itulah yang menjadi misteri buat hari ini.

Anti-ayam berkereta Saga putih?

Siapakah ayam itu?

Mereka telah mengesyaki bahawa ayam itu yang telah melakukan kesalahan tersebut.

Saya tidak kisah siapa yang buat. Yang penting, orang itu dapat lah mengaku dengan Pak Zubir pada esok pagi.

Korang tak belajar ke pentingnya untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab?

Aku ni pantang manusia tak bertanggungjawab dengan kesalahan yang dia telah lakukan.

Kalau kesalahan itu tidak susahkan orang lain, itu urusan kau.

Tapi kalau dah melibatkan semua orang, adakah kau boleh berdiam diri sebegitu sahaja?

Anda mungkin malu untuk meminta maaf kepada semua orang.

Kerana anda mungkin akan dibenci oleh semua orang, terutamanya yang telah dihukum hanya kerana anda.

Kau decide lah. Aku hanya menanti kau ya.

P/S: Sakit badan. Tapi gagah perkasa menulis. Sebab pentingnya tanggungjawab.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s